
HIMPUNAN BITARA TUNAS BELIA MAIM 22 FEBRUARI INI
AYER KEROH 3 Januari – Program Himpunan Bitara Tunas Belia 2025 bakal menghimpunkan kira-kira 150 orang anak-anak penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, program anjuran Unit Pembangunan Insan, Bahagian Pembangunan Asnaf, MAIM itu akan berlangsung di Universiti Multimedia (MMU) Bukit Beruang pada 22 Februari depan.
Katanya, himpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan siswa dan siswi anak-anak penerima bantuan MAIM yang masih aktif.
“Kita sasarkan seramai 150 peserta dalam kalangan anak penerima bantuan MAIM atau anak asnaf yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 18 hingga 25 tahun untuk bersama-sama pada himpunan itu nanti.
“Pelbagai pengisian disusun sepanjang program tersebut antaranya sesi inspirasi kejayaan oleh IKON MAIM dan temu mesra pengurusan MAIM bersama siswa,” katanya.
Menurutnya, peserta himpunan juga akan didedahkan dengan pelbagai perkongsian menarik yang akan dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berkeyakinan.
“Pihak penganjur bukan sahaja menyediakan makan dan minuman kepada peserta tetapi mereka juga akan diberikan elaun kehadiran,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
