
RAMADAN LEBIH BERERTI BUAT 130 ASNAF MACHAP JAYA
BUKIT PALAH 14 Februari – Seramai 130 asnaf fakir dan miskin dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya selesai menerima bantuan awal Ramadan, hari ini.
Pengagihan bantuan Ramadan yang bermula sejak 9 Februari lalu itu merupakan antara inisiatif Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi menyantuni dan meringankan beban asnaf di setiap DUN.
Pengagihan bantuan itu diberi mengikut kategori iaitu asnaf fakir menerima RM 400 bagi setiap ketua isi rumah), asnaf miskin (RM 250), bantuan fidyah (RM150) dan setiap tanggungan atau anak-anak (RM100).
Dalam satu kenyataan di laman rasmi MAIM, pihaknya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pembayar zakat di negeri ini.
Terdahulu, penyampaian bantuan Ramadan di Machap Jaya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya yang juga merupakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem.
Mengikut rekod, sebanyak RM5.37 juta wang zakat dan RM1.55 juta wang fidyah diagihkan kepada 8,781 orang penerima asnaf fakir dan miskin pada tahun ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...

