
SUSPEK TETAK BAPA DIREMAN TIGA HARI
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar, bagi membantu siasatan kes itu.
“Permohonan reman terhadap suspek (kes di bawah) Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibenarkan selama tiga hari bermula 27 Feb hingga 1 Mac ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata parang yang dipercayai digunakan untuk menetak bapanya itu dijumpai di dalam semak berhampiran rumah suspek di kampung terbabit petang semalam.
Lelaki itu berjaya ditahan polis pada 10 pagi semalam ketika dia berlegar-legar di sekitar kawasan kampung berkenaan dalam keadaan lemah.
Kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang, Isnin dan mangsa Halim Lebai Othman yang cedera pada bahagian kepala dan telinga kiri dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan telah dibenarkan keluar wad pada Selasa. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
