
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac – Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi memberikan keselesaan kepada mangsa bencana.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata pihaknya akan memastikan semua aspek dan keperluan khusus makanan serta minuman kepada mangsa dibekalkan dalam jumlah mencukupi.
“Kebetulan musibah melanda ketika Ramadan, jadi kita akan pastikan makanan untuk berbuka dan bersahut cukup. Secara keseluruhan seramai 223 mangsa dari daerah Melaka Tengah dan Jasin ketika ini ditempatkan di empat PPS.
“Saya beri jaminan, kebajikan mangsa akan diutamakan, apa yang kurang sila maklum kepada pegawai bertugas,” katanya ketika ditemui selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, di sini, petang tadi.
Mengulas lanjut, Rais berkata berdasarkan data dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi, hujan lebat dijangka akan berulang, berikutan itu jumlah mangsa terjejas banjir dijangka akan meningkat.
“Kepada semua diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga, jika sekitar kediaman sudah dinaiki air segera berpindah ke PPS.” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MISI LAHIR GENERASI AL-QURAN PENGGERAK UMMAH, KADJ PERLUKAN SOKONGAN
KOTA LAKSAMANA 14 Oktober - Usaha melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu menjadi penggerak ummah mendorong Persatuan Kebajikan dan Pendidikan...
KHAIDHIRAH TAWAR DIRI PERTAHAN DUN RIM
AYER KEROH 14 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri untuk mempertahankan...
‘KAK SOM’ TUNAI JANJI, SRA JAIM BACHANG KINI DALAM PEMBINAAN
PENGKALAN BATU 14 Oktober - Penantian lebih 20 tahun penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk menikmati kemudahan Sekolah...
BUKAN SEKADAR MAHIR, USAHAWAN MELAKA BAKAL DILATIH KUASAI DIGITAL DAN AI
AYER KEROH 14 Oktober - Usahawan berkemahiran di Melaka bakal diberi peluang memperkukuh keupayaan pemasaran dan pengurusan perniagaan menerusi perancangan...
MeSRa PENDIDIKAN: SEKOLAH LEBIH SELESA, PEMBELAJARAN LEBIH BERMAKNA
AYER KEROH 14 Oktober - Keperluan pendidikan yang berkembang seiring pertambahan penduduk mendorong Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembinaan sekolah...
SEKOLAH DI MELAKA DIBUKA SEMULA ESOK, AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DIHENTIKAN
AYER KEROH 14 Oktober - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Melaka akan beroperasi semula esok...

