
DATARAN LUBOK CHINA BAKAL JADI MERCU TANDA BAHARU DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Mei – Dataran Lubok China yang lengkap dengan kemudahan sukan dan rekreasi akan menjadi port santai baharu bagi penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, Kemudahan itu akan menjadi pelangkap kepada kemudahan di Pekan Lubok China dengan pembinaannya dijadualkan bermula tidak lama lagi.
Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, selain dataran yang sesuai untuk penganjuran pelbagai program, kemuhan itu nanti akan dilengkapi denai larian atau trek joging.
“Antara kemudahan yang akan disediakan di dataran terbabit adalah sebuah dewan serbaguna, kawasan bersenam, anjung tinjau dan gazebo.
“Selain itu juga akan dibina adalah gelanggang futsal, kemudahan tandas akan dinaik taraf bagi memberikan keselesaan kepada pengguna. Bagi yang mahu beriadah pada waktu malam, jangan risau kerana kita juga akan pasang sistem pencahayaan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Hameed berkata pembinaan dataran tersebut seterusnya memberi nilai tambah kepada DUN Ayer Limau.
Jelasnya, penduduk sekitar tidak mempunyai lokasi untuk berekreasi dan perlu keluar jauh dari DUN berkenaan untuk beriadah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
FORMULA YB ALONG NOKTAHKAN PENANTIAN ANAK PENEROKA
ASAHAN 24 Ogos - Penantian kira-kira 15 tahun 106 generasi kedua peserta Felcra Bukit Sedanan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KAMPUNG DIGITAL MELAKA SELESAI, 82,000 KEDIAMAN DAN PREMIS TERIMA ALAMAT BAHARU
SERI NEGERI 24 Ogos - Inisiatif Kampung Digital yang pertama seumpamanya di Malaysia kini telah selesai sepenuhnya membabitkan sebanyak 618...
INISIATIF MESRA, WRUR BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI PADA RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) adalah satu bukti keprihatinan, cakna dan ambil tahu Kerajaan Negeri...
ZIANA ZAIN BERSEMANGAT TERUS HARUMKAN NAMA MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain yang kini bergelar Datuk menyifatkan penerimaan anugerah Darjah Kebesaran...
