Sorting by

×

PANTAI KLEBANG SEMAKIN ‘HIDUP’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KLEBANG 12 Mei – Sektor pelancongan di Klebang semakin rancak apabila pelbagai tarikan baharu telah dibangunkan di kawasan pesisir pantai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, perkara itu dapat dilihat selepas Klebang Walk dibangunkan dan kini menjadi tumpuan utama pelancong dan pengunjung ke Melaka.

Tidak hanya itu, beliau berkata, kewujudan sebuah hotel baharu bertaraf lima bintang di Pantai Klebang juga mula menjadikan kawasan itu sebagai tarikan baharu di Negeri Melaka.

“Selain memberi impak kepada sektor pelancongan negeri, semua tarikan ini turut membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Seperti contoh, Klebang Walk, ia memberi peluang kepada usahawan untuk menjana pendapatan, manakala pembukaan hotel baharu pula membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Jadi saya percaya semua ini menaikkan lagi nama Klebang sebagai antara destinasi pelancongan utama Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Img 20250512 133221 873
KLEBANG Walk menjadi antara daya penarik pelancong ke Pantai Klebang. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Dalam pada itu, Ban Hong turut menyeru, peniaga-peniaga tempatan agar dapat menghasilkan produk-produk istimewa yang mempunyai identiti Negeri Melaka untuk mengambil peluang mempromosikan produk mereka secara lebih meluas di Klebang.

“Dengan cara ini ia secara tidak langsung dapat menarik minat lebih ramai pengunjung untuk datang ke Klebang dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1736
Kongsi :
Previous post LINTASAN HIDUPAN LIAR PERLU DIBINA