
MAIM CARI IKON USAHAWAN 2025
PENGKALAN BATU 13 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memulakan pencarian Ikon Usahawan Bimbingan Zakat MAIM bagi tahun 2025.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan penyertaan itu terbuka kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf (tempoh bantuan yang masih aktif) yang menjalankan perniagaan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tambah kenyataan itu, keutamaan diberikan kepada asnaf yang pernah menerima bantuan am perniagaan MAIM bagi tempoh 2020 hingga 2024.
“Hadiah yang ditawarkan antaranya pakej umrah dan sumbangan wang tunai,” kata kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2025 mengikut terma dan syarat ditetapkan.
“Permohonan boleh dibuat menerusi imbasan kod kod QR pada poster,” tambah kenyataan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BAKAL TERIMA SUNTIKAN RM1.8 BILION PERKASA INFRASTRUKTUR KESIHATAN
PENGKALAN BATU 7 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang pembangunan pelbagai infrastruktur kesihatan bernilai lebih RM1.8 bilion di Melaka...
WRUR KESIDANG: MALIM UPTOWN JADI ‘PENTAS’ USAHAWAN KECIL BERSINAR
KESIDANG 7 Jun – Golongan usahawan dan peniaga kecil menjadi antara golongan yang bakal menerima manfaat besar menerusi penganjuran Program...
KLINIK KESIHATAN 4 TINGKAT AKAN DIBINA DI DUYONG
DUYONG 7 Jun - Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menerima khabar gembira apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan projek...
BOMBA MELAKA SELAMATKAN PENYU TERSANGKUT DALAM LONGKANG
PANTAI KUNDOR 7 Jun - Seekor penyu seberat antara 40 hingga 60 kilogram berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...
WRUR KESIDANG PERKENAL ANUGERAH 100 TERBAIK, NYALAKAN SEMANGAT 1,200 PELAJAR
KESIDANG 7 Jun – Seramai 1,200 pelajar daripada 12 sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang menerima pengiktirafan menerusi penganjuran...
MELAKA BAKAL MILIKI HOSPITAL BAHARU DI HANG TUAH JAYA
PENGKALAN BATU 7 Jun - Melaka bakal memiliki sebuah hospital awam baharu bernilai RM875 juta yang akan dibangunkan di kawasan...
