Sorting by

×

OKU PEKAK DAN BISU SERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN 

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Kursus pra perkahwinan Siri 18/25 anjuran MAIM Holdings Berhad, menampilkan kelainan dan berlangsung dalam suasana lebih meriah apabila turut melibatkan peserta orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Penceramah kursus pra perkahwinan, Muhammad Al Hashir Abu Bakar berkata, kursus diadakan di Surau Ar Redhuan, Taman Semabok Perdana, di sini, berlangsung  selama dua hari bermula hari ini hingga esok disertai 149 peserta termasuk 14 OKU.

“Siri kursus kali ini, kita turut mempelawa peserta dalam kalangan OKU. Jika sebelum ini OKU yang mahu berkahwin tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan sebaliknya hanya melalui sesi temuduga khas.

“Tetapi kali ini kita pelawa mereka untuk bersama-sama mengikuti kursus pra perkahwinan, kita mahu mereka turut merasai perasaan seronok dan teruja mahu mendirikan rumah tangga selain tidak berasa dipinggirkan.

“Selain itu kita mahu mereka merasai kebersamaan dan bersama-sama bergaul tanpa ada batasan komunikasi dengan individu normal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 05 14 at 3.33.26 pm (2)
MUHAMMAD Al Hashir ketika menyampaikan ceramah berkaitan pra perkahwinan.

Menurutnya, bagi melancarkan kursus khususnya sesi ceramau MAIM Holding turut menjemput khas jurubahasa isyarat Muhammad Nabil Mohd Nazrol daripada Persatuan Orang Pekak Islam Melaka.

Muhammad Al Hashir berkata, kehadiran jurubahasa membantu peserta OKU untuk memahami dengan jelas mengenai kandungan seramah yang disampaikan.

“Sesi kursus dan perkongsian berjalan lancar malah peserta OKU juga dapat memahami perkongsian dengan bantuan jurubahasa isyarat yang bertugas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1749
Kongsi :
Previous post 30,000 DIJANGKA MERIAHKAN SAMBUTAN HARI TVET NEGARA 2025
Next post PEMUDA ORANG ASLI BUKIT SERAYA, PECAH REKOD PERIBADI REJAM LEMBING DI FILIPINA