
HARGA RON97, DIESEL DI SEMENANJUNG TURUN 3 SEN
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal iaitu masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
MOF berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
BN SASAR KEMENANGAN LEBIH BESAR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor menyasarkan kemenangan lebih besar pada Pilihan...
BN PERLU PERBAIKI KELEMAHAN SENDIRI HADAPI PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober - Barisan Nasional (BN) perlu memperbaiki kelemahan dalaman dan memperkukuh penyusunan jentera bagi mengelakkan kesilapan lalu berulang...
PRN MELAKA: AB RAUF ‘POSTER BOY’ UMNO-BN – AHMAD ZAHID
JASIN 23 Oktober – Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri...
JENTERA UMNO DIMINTA BANTU KEMENANGAN RAKAN STRATEGIK
JASIN 23 Oktober – Jentera UMNO diminta memberikan sokongan kepada rakan strategik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
