
MTD PROPERTIES LABUR RM1 BILION DALAM GDV NEGARA SEMPENA ULANG TAHUN KE-35
KUALA LUMPUR 3 Jun – Sempena ulang tahun ke-35 dan ke arah usaha transformasi landskap hartanah negara, MTD Properties melangkah berani ke hadapan dengan pelaburan melebihi RM1 bilion dalam Nilai Pembangunan Kasar (GDV) negara.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD, Dr. Nik Fauzan Nik Faizul berkata usaha itu merupakan pertumbuhan jangka panjang MTD Properties berteraskan tiga tonggak utama iaitu kemampanan, inovasi dan kualiti.
Katanya, langkah itu disokong oleh portfolio antarabangsa yang merangkumi projek ikonik di London, Australia dan Filipina yang mana syarikat yakin terhadap keupayaan untuk memenuhi keperluan hartanah serta komuniti di Malaysia.
“Komitmen RM1 bilion ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi koridor pembangunan di Malaysia serta mengambil kita keperluan pembeli rumah yang semakin berkembang. Berteraskan kemampanan, inovasi dan kualiti demi komuniti, kami membina untuk generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di reruai MTD Properties di Karnival Jom Heboh di Kuala Lumpur Base, di sini, 1 Jun lalu.
Pada karnival Jom Heboh yang berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun itu, penglibatan kali kedua MTD Properties bukan sekadar satu bentuk sambutan.
Jelasnya, ia mencerminkan komitmen yang mendalam terhadap komuniti yang menjadi tunjang operasi syarikat.
“Sepanjang tiga hari acara berlangsung, MTD Properties turun padang untuk mendekati masyarakat, mengukuhkan kehadiran di peringkat akar umbi serta menzahirkan falsafahnya dalam membina bukan sekadar struktur, tetapi juga hubungan yang bermakna dan berkekalan.
“Kami berada di sini bukan hanya untuk menjual rumah, tetapi untuk menjalin hubungan yang berkekalan. Acara ini merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk lebih dekat dengan masyarakat serta mencerminkan kepercayaan bahawa pembangunan yang berjaya bermula dengan hubungan yang kukuh bersama komuniti setempat,” katanya.
Sepanjang acara Karnival Jom Heboh itu, MTD Properties berbesar hati menghadiahkan setiap pembeli rumah yang layak dengan hadiah-hadiah yang istimewa sebagai tanda penghargaan.
Antara hadiah yang diberikan termasuk sebuah televisyen pintar; set dapur gril, beg bagasi, penimbang digital dan pelbagai lagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.