Sorting by

×

PELAN MENYELURUH ATASI BANJIR BERULANG DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BEMBAN 24 Jun – Semua pelaksanaan projek pelan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kejadian banjir berulang di beberapa lokasi sekitar Melaka akan diselesaikan sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, pelaksanaan itu turut melibatkan pelan jangka pendek serta panjang bagi menyelesaikan kejadian banjir berulang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.

Katanya, DUN Bemban mempunyai lebih tiga kawasan ‘panas’ isu banjir yang antaranya Kampung Asam Kumbang, Kampung Lubok Kasau dan Tehel.

“Bagi pelaksanaan pelan jangka masa pendek di DUN Bemban ini, kita akan minta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengorek (mendalamkan) sungai, menaikkan batu sangkar serta membuat ban tinggi di kawasan sudah dikenal pasti.

“Seterusnya akan disusuli pelan jangka masa panjang iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Duyong yang akan beroperasi dan memberikan impak positif menjelang tahun hadapan.

“Langkah-langkah ini telah dan akan laksanakan yang mana kita harapkan isu banjir berulang berlarutan puluhan tahun akan selesai segera dan rakyat tidak perlu lagi menanggung kerugian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program MPJ Dihatiku Bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban di Kampung Asam Kumbang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Penyelaras DUN Bemban, Mohd Raziff Yakop; Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

818
Kongsi :
Previous post WRUR BEMBAN: MPJ DIHATIKU PRIHATIN NASIB MANGSA BANJIR
Next post STPM 2024: DUA ANAK MELAKA RAIH ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KEBANGSAAN