
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN BABITKAN LORI
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata mangsa berusia 39 tahun yang cedera parah di bahagian kepala itu disahkan meninggal dunia kira-kira 7 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jempol.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika lori jenis Ford Trader yang dipandu lelaki berusia 35 tahun, dari arah Serting Hilir 4 menghala ke jalan utama Serting Hilir – Tembangau.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Wmoto dari arah sama dikatakan telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA LULUS RM5 JUTA PROJEK SEGERA ATASI BANJIR
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan RM5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem saliran...
AB RAUF JAMIN PENTADBIRAN MELAKA KEKAL STABIL
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri menghormati keputusan DAP Melaka untuk keluar daripada pentadbiran negeri dan melepaskan semua jawatan...
MELAKA LAKSANA 5 STRATEGI TAMBAH BAIK TEMPOH MENUNGGU FASILITI KESIHATAN
SERI NEGERI 15 Julai – Tempoh menunggu di fasiliti kesihatan kerajaan di Negeri Melaka disifatkan setanding malah lebih baik berbanding...
JUMLAH HOTSPOT BANJIR DI MELAKA BERKURANG KEPADA 102 LOKASI
SERI NEGERI 15 Julai - Jumlah lokasi 'hotspot' banjir di Melaka berjaya dikurangkan daripada 124 kepada 102 kawasan berikutan pelbagai...
MELAKA UMUM BIL AIR PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif khas berupa bil air percuma kepada semua mangsa-mangsa banjir yang terjejas...
PINDAAN ADUN LANTIKAN PENUHI KOMITMEN MANIFESTO BN
SERI NEGERI 15 Julai – Cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan adalah...

