Sorting by

×

TIKET ZOO MELAKA LEBIH JIMAT DI MELAKA AGROFEST 2025

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 28 Jun – Pengunjung boleh mendapatkan tiket masuk ke Zoo Melaka dengan diskaun sehingga 15 peratus sempena Melaka Agrofest 2025 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh.

Pegawai Pemasaran Zoo Melaka, Ezuwan Mazelan berkata, tawaran itu membolehkan pengunjung membeli tiket masuk lebih awal tanpa perlu beratur panjang di kaunter utama zoo.

“Harga tiket promosi yang ditawarkan adalah serendah RM35.20 untuk dewasa dan RM17.10 untuk kanak-kanak dan warga emas, berbanding harga asal hampir RM40 dan RM20 jika dibeli di kaunter.

“Jadi, pengunjung boleh mengambil peluang beli awal di sini. Selain jimat, mereka terus boleh masuk Zoo Melaka tanpa perlu beratur panjang,” katanya ketika ditemui di reruai Zoo Melaka di Melaka Agrofest 2025, hari ini.

Menurutnya, tiket promosi itu sah digunakan sehingga hujung tahun termasuk pada cuti umum dan musim perayaan sekali gus menjadikannya pembelian yang fleksibel dan berbaloi untuk seisi keluarga.

“Kami berada di reruai ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tiga hari Agrofest berlangsung pada 27 hingga 29 Jun ini (Ahad).

“Justeru, orang ramai yang bercadang untuk melawat Zoo Melaka dalam masa terdekat digalakkan datang ke reruai kami di Melaka Agrofest dan menikmati tawaran istimewa tersebut.

“Kalau sudah rancang mahu bawa anak-anak ke Zoo Melaka, ini masa terbaik untuk dapatkan tiket dengan harga jimat. Datang sahaja ke reruai kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

773
Kongsi :
Previous post BISTARI TULANG BELAKANG NEGERI, PERKASA PERANAN WANITA MELAKA
Next post MELAKA ANGKAT PRODUK ORANG ASLI DI WTD 2025