Sorting by

×

PEKERJA KILANG MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA BUAT PUSINGAN U MENGEJUT

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 10 Julai – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mengejut di Jalan Cheng Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 malam itu, mangsa, Ajmal Mat Ali, 36, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 52 tahun mengalami cedera di tangan, kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dan kereta berkenaan datang dari arah sama iaitu dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) menghala ke Taman Cheng Perdana.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu wanita terbabit membuat pusingan U secara mengejut.

“Mangsa yang berada di belakang kereta wanita terbabit tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala pemandu wanita yang cedera dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.

“Setakat ini iada saksi bebas tampil setakat ini dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka diperoleh di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

880
Kongsi :
Previous post JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG DIBINA SEPTEMBER INI
Next post 166 PROGRAM MERIAHKAN WRUR DUN DUYONG