Sorting by

×

PPSPM RAIKAN WIRA SUNGAI MELAKA

Masa Membaca:56 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 Julai – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meraikan 200 sukarelawan dan kakitangannya yang terlibat dalam misi pembersihan, susulan kejadian ikan mati di Sungai Melaka, Fasa 2 baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, majlis itu bukan sekadar acara makan-makan, tetapi penghargaan serta ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja PPSPM dan sukarelawan daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelestarian Sungai Melaka, khususnya daripada aspek kebersihan dan keselamatan.

“PPSPM bertanggungjawab menyelenggara Sungai Melaka kerana kami mengendalikan produk pelancongan seperti ‘Melaka River Cruise’.

“Kita mengambil serius isu kebersihan sungai ini kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada imej negeri, tetapi juga kepada kesejahteraan penduduk sekitar,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan pembersihan yang telah bekerja keras dan penuh dedikasi dalam menjalankan amanah diberikan.

“Komitmen mereka amat kami hargai. Mereka bekerja bersungguh-sungguh demi memastikan sungai bersih dan bebas pencemaran. Ini bukan kerja mudah, tapi mereka tetap melakukannya dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post KOMITMEN MPHTJ KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT TAMAN BUKIT BERUANG BESTARI
Next post KOMPLEKS BALAI ISLAM BAKAL MENJADI MERCU TANDA BAHARU DURIAN TUNGGAL