Sorting by

×

SEMANGAT PERPADUAN BUKTI MALAYSIA MAMPU ANJUR PROGRAM BERTARAF DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDA HILIR 28 September – Perpaduan rakyat yang ditunjukkan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berupaya menganjurkan program bertaraf dunia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ini dapat dilihat dengan jelas menerusi sambutan Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 yang turut melibatkan rakyat pelbagai peringkat usia.

Beliau berkata, kekuatan rakyat yang bersatu dan saling membantu menjadi asas kepada kemampuan negara bagi melaksanakan penganjuran acara berprestij.

“Kita mampu melakukan yang lebih baik daripada mana-mana negara lain kerana rakyat bersatu dan saling membantu dengan semangat perpaduan yang kukuh.

“Sekiranya kita rakyat semua bersatu padu kita boleh menganjurkan program termasuk bertaraf dunia,” katanya pada sidang medias elepas menghadiri Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di sebuah hotel, di sini, hari ini,

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  MOTAC, Chua Choon Hwa.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran tiga acara utama di Melaka menunjukkan komitmen tinggi daripada Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“WTD 2025 dan WTC 2025 merupakan platform selain ia adalah program peringkat dunia selain kita lihat ia sangat berjaya.

“Malah sekiranya ada program-program yang bersesuaian kita akan adakan di Melaka lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post PELANCARAN VISIT MELAKA 2.0 LEBIH MERIAH, MENARIK – AB RAUF
Next post MELAKA DIBERI KEPERCAYAAN ANJUR ACARA BERTARAF DUNIA – EXCO