
PESARA WANITA DI MIRI RUGI RM2.24 JUTA DITIPU SINDIKET PENIPUAN PANGGILAN TELEFON
KUCHING 1 Oktober – Seorang pesara swasta berusia 66 tahun di Miri kerugian lebih RM2.24 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan yang menyamar sebagai pegawai Touch ‘n Go dan polis.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang merupakan wanita tempatan menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil Touch ‘n Go yang menuduhnya terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian.
“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang mengarahkan mangsa mengeluarkan semua simpanan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Farhan berkata, mangsa menyerahkan wang berjumlah RM2,244,404 melalui pindahan bank di kaunter, transaksi dalam talian serta serahan tunai kepada seorang lelaki tidak dikenali di sebuah lokasi sunyi tanpa kehadiran orang awam.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat semakan dan pengesahan sebelum tampil membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENJAGA ARTIFAK, WARISAN MELAKA JUGA PERLU SIHAT DAN CERGAS
BANDA HILIR 21 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tidak mahu ketinggalan untuk memupuk amalan budaya hidup sihat dalam kalangan...
MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN
KOTA LAKSAMANA 21 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir berjaya meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Taming Sari...
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
