
WANITA WARGA EMAS DILAPOR HILANG SEMALAM DITEMUKAN SELAMAT
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata Zioyah Ismail, 73, ditemukan pada 11.07 pagi dalam keadaan lemah.
“Mangsa ditemukan tidak jauh dari pusat kawalan bomba di lokasi kejadian dipercayai sedang mencari jalan keluar dan dihantar ke Hospital Jasin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Hafidzatullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kehilangan mangsa pada 10.28 malam tadi, memaklumkan wanita itu tidak pulang selepas keluar dari rumah di Lau Leong Estate pada 2 petang semalam.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jasin, polis dan penduduk kampung. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
HARI KEDUA LUAR BIASA, HAMPIR 50,000 MERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September – Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh mencatat sambutan luar biasa apabila...
IBU MUDA MELAKA BUKAN SEKADAR DIBANTU, TETAPI DIPERKASA
AYER KEROH 5 September - Penyertaan ibu muda dalam Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 membuktikan usaha Kerajaan Negeri bukan...
SUKARELAWAN BSAT ‘DUTA KECIL’ MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 5 September - Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi 'Duta Kecil MAIM' dalam memperluas...
