
MPJ NAIK TARAF 10 KAWASAN LAPANG JADI TEMPAT REKREASI
JASIN 7 Oktober – Sebanyak 10 kawasan lapang di kawasan Jasin telah dinaik taraf Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bagi menyediakan kemudahan rekreasi kepada orang ramai dan penduduk setempat.
Inisiatif menyediakan fasiliti berkait rekreasi dan keceriaan itu merupakan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bertujuan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di peringkat komuniti penduduk desa.
Pada masa sama ia juga berperanan untuk merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan melengkapkan kemudahan asas penduduk kampung.
MPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, sembilan projek tersebut adalah menaik taraf kawasan lapang di Taman Seri Serkam; Taman Pulai Indah 2; Taman Seri Pertam; Taman Nyalas Permai dan Taman Seri Chinchin.
Selain itu, ia juga membabitkan kawasan lapang di Taman Sebatu Putra; Taman Kesang Damai; Taman Maju; Taman Merlimau Permai dan Taman Awam Chenderah.
“Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MPJ terus komited dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di daerah Jasin.
“Justeru, ini merupakan antara usaha dan langkah yang digerakkan oleh MPJ dalam mewujudkan suasana yang kondusif serta memenuhi piawaian keperluan penduduk selari dengan status Jasin Bandar Bahagia,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
MELAKA HARI INI TERIMA ANUGERAH CITRA BAHASA 2026 DBP
AYER KEROH 21 Oktober – Komitmen Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan...
‘TIADA LAGI TIDUR-TIDUR AYAM, RISAU RUMAH ROBOH DIBADAI RIBUT’
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Hasil daripada kemajuan dan kepesatan ekonomi Melaka dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk...
