Sorting by

×

PELANCONGAN MELAKA DIWARNAI DUA PROGRAM BESAR BULAN INI

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) meneruskan peranannya dalam memperkasa agenda pelancongan negeri menerusi dua program utama pada bulan Oktober, iaitu sambutan Hari Deepavali dan Program Madani Rakyat (PMR) 2025.

Pengurus Besar BPP, Nasrul Ahmad berkata, sambutan Deepavali akan dimulakan dua minggu sebelum perayaan terbabit di sepanjang Jalan Little India dengan menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian yang menampilkan elemen budaya masyarakat India dalam menyambut pesta cahaya.

“BPP akan melaksanakan program poket sepanjang dua minggu bermula 8 Oktober di Little India, di mana terdapat Bazar dan Pesta Deepavali diadakan.

“Selain itu pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung sempena perayaan penganut agama Hindu itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Cemerlang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nasrul turut memaklumkan pihaknya akan menjadi penganjur bersama bagi Program Madani Rakyat yang dijadual berlangsung pada 18 dan 19 Oktober ini di Politeknik Merlimau.

Katanya, pada program tersebut BPP akan mengendalikan pertandingan sukan rakyat seperti dam aji, konda kondi dan congkak.

“BPP turut memainkan peranan sebagai penganjur bersama bagi memastikan setiap aktiviti pelancongan di Melaka menonjolkan nilai warisan dan keharmonian masyarakat majmuk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

671
Kongsi :
Previous post PIKAP TULAR TAMPAL PELEKAT TULISAN HEBREW MILIK LELAKI BERALAMAT DI GEMENCHEH
Next post WRUR DUN KLEBANG MERIAH DENGAN SUKAN RAKYAT