Sorting by

×

WRUR DUN KLEBANG MERIAH DENGAN SUKAN RAKYAT

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 8 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan rakyat anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri.

Pengurus Besar BPP, Nasrul Ahmad berkata, WRUR DUN Klebang yang berlangaung selama dua minggu pada 5 hingga 19 Oktober akan menampilkan acara sukan rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai.

Katanya, antara sukan tradisional yang dipertandingkan ialah sepak raga bulatan, baling selipar, chapteh, lari dalam guni, baling tin dan boling kelapa.

“Penganjuran sukan rakyat ini juga menjadi platform bagi memperkenalkan kembali warisan permainan tradisional kepada generasi muda yang kini lebih terdedah kepada aktiviti digital.

“Selain bersukan, ia juga menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan dan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat.

“Kita menerima sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir beramai-ramai menyertai pertandingan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, pada acara penutup WRUR DUN Klebang akan berlangsung pada 19 Oktober ini (Ahad) di Dataran Pantai Klebang pula akan diadakan tiga lagi pertandingan sukan tradisional iaitu dam aji, konda kondi dan congkak.

“BPP juga akan membuka gerai jualan cenderahati, kaunter aduan serta ruang pameran sepanjang majlis penutup berlangsung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post PELANCONGAN MELAKA DIWARNAI DUA PROGRAM BESAR BULAN INI
Next post KAK SOM PRIHATIN, MAHU PPDK DI MELAKA DIBERI PERHATIAN BERTERUSAN