
DEDAH ILMU RUMAH TANGGA KEPADA GOLONGAN MUDA
AYER KEROH 11 Oktober – Kursus Pra Perkahwinan Smartstart 2.0 yang dianjurkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka menjadi medan ilmu buat golongan muda mendalami ilmu berumah tangga sejak peringkat awal.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, golongan muda wajar diberikan pendedahan berkaitan ilmu perkahwinan dan alam rumah tangga sebagai persiapan awal untuk mereka.
Pada masa sama, ujar beliau, program itu juga disifatkan amat penting untuk mengelakkan sebarang gejala negatif daripada terus berlaku.
“Pendedahan awal pra perkahwinan ini adalah bagi memberi pengetahuan, kemahiran dan persediaan awal kepada golongan muda sebelum mengorak langkah ke alam perkahwinan.
“Dari aspek positif, program ini dilihat amat baik untuk mengelakkan remaja masa kini daripada terjebak dengan gejala yang negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kursus Pra Perkahwinan Smartstart 2.0 di Pusat Keluarga LPPKN Negeri Melaka, di sini, pada Khamis.
Hadir sama, Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Suszma Khairitszi.
Terdahulu, program itu turut disertai seramai 11 pelajar Kolej Komuniti Jasin (KKJS) bersama komuniti setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
