Sorting by

×

WRUR: PERKASA KEUSAHAWANAN DI KLEBANG

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

KLEBANG 11 Oktober – Pengisian disusun sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang turut melibatkan inisiatif memperkasakan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan termasuk melibatkan peniaga serta penjaja kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, pengisian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama agensi Kerajaan Negeri seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan syarikat kewangan.

Katanya, aktiviti seumpama itu membantu usahawan sedia ada megembangkan lagi perusahaan mereka dan pada masa yang sama membuka peluang buat individu bercadang untuk berjinak-jinak dalam bidang berkenaan.

Ban Hong berkata, RISDA menganjurkan Taklimat Bantuan Tanam Getah dan Bantuan Usahawan serta Pertandingan Seni Gubahan Tuala Mandi & Pertandingan Membuat Kuih Tepung Pelita Asli bertempat di Rumah Pangsa Lereh yang dirasmikan Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim.

“MAIM dengan kerjasama MAYBANK pula menganjurkan Jelajah Halal 2025 untuk kursus sijil halal dan pemerkasaan usahawan industri halal dirasmikan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah.

“Saya menyambut baik kerjasama strategik awam-swasta serta kolaborasi pertubahan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan untuk memperkasakan usahawan tempatan agar mereka turut maju bersama dalam arus pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

“Satu lagi aspek menarik perhatian saya adalah berkenaan pensijilan halal, kita mahu membantu lebih ramai usahawan Melaka untuk mendapatkan perkiktirafan ini, sekali gus membuka pintu eskport makanan atau produk lebih luas ke pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Pembangunan Pemimpin Pelapis bersempena WRUR DUN Klebang, di sini, pada Khamis.

Menurutnya, hasil perjumpaan dilakukan usahawan sekitar DUN Klebang mahu lebih banyak maklumat berhubung agenda pembangunan ekonomi direncakan Kerajaan Negeri dan Persekutuan disalurkan kepada mereka.

“Usahawan di Klebang mahu bersama-sama Kerajaan Negeri membangunakan Melaka, mereka tidak mahu ketinggalam dalam arus pembangunan ekonomi. Selain itu mereka juga minta agar diberi peluang mengembangkan perniagaan menerusi skim dan bantuan disediakan oleh kerajaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post BELANJAWAN 2026: MELAKA HARGAI PERHATIAN KERAJAAN PERKASA PENDIDIKAN
Next post WRUR: ‘KAMI MAHU JADI PEMIMPIN PELAPIS MELAKA’