Sorting by

×

SASARAN HSN MELAKA 2025 HAMPIRI SASARAN 359,000 PESERTA

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

MERLIMAU 11 Oktober – Melaka yakin mampu mencapai sasaran jumlah penyertaan seramai 359,000 peserta pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025.

Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, keyakinan itu adalah berdasaroan jumlah penyertaan hari pertama HSN yang bermula semalam (10 Oktober) amat memberangsangkan selepas merekodkan lebih 200,000 peserta merangkumi penyertaan kesemua sekolah di negeri ini.

“Melaka meletakkan sasaran 359,000 penyertaan HSN 2025 peringkat negeri, justeru Kerajaan Negeri yakin ia hampir menjadi kenyataan susulan lebih 200,000 peserta direkodkan pada hari pertama semalam.

“Pada hari pertama, semua sekolah di negeri ini menganjurkan aktiviti seperti senamrobik serta pelbagai sukan lain, sekali gus meledakkan jumlah penyertaan yang besar.

“Saya percaya jumlah penyertaan hari ini dan esok (12 Oktober) akan terus bertambah sehingga kita melepasi sasaran yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyempurnakan perasmian Sambutan HSN Peringkat Negeri Melaka, di Dataran Orang Kampung, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Zailani Siran dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mahfudzah Mohamed Noor.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat majmuk di Melaka untuk bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan HSN peringkat negeri dengan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan boleh mendaftarkan diri menerusi laman sesawang rasmi HSN iaitu www.harisukannegara.my.

“Aktiviti HSN ini bukan hanya melibatkan pelajar sekolah tetapi kepada semua masyarakat majmuk di luar sana, maka saya menyeru kepada semua rakyat Melaka, marilah kita semarakkan sambutan HSN menerusi aktiviti sukan bersama keluarga tercinta,” tambahnya.

Sambutan HSN Peringkat Negeri Melaka 2025 menyaksikan, bagi daerah Melaka Tengah akan diadakan di Mahkota Parade, Banda Hilir, manakala daerah Alor Gajah pula akan diadakan di Felcra Ramuan Cina.

Sebanyak 35 aktiviti sukan telah dipertandingkan pada sambutan HSN peringkat negeri kali kali ini termasuk permainan tradisional, antaranya konda kondi, ‘dam aji’, galah panjang, ‘tuju tin’, boling kelapa, larian MADANI, jalan santai, dan Muaythai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

349
Kongsi :
Previous post DEDAH ILMU RUMAH TANGGA KEPADA GOLONGAN MUDA
Next post WRUR: WUJUDKAN PARKIR SEMENTARA DI KLINIK KESIHATAN KLEBANG BESAR