Sorting by

×

ASUH MASYARAKAT AMALKAN KITAR SEMULA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DUYONG 12 Oktober – Kesedaran pengurusan sisa pepejal yang cekap mampu membantu meningkatkan lagi aktiviti penjanaan pendapatan menerusi amalan kitar semula yang ketika ini masih rendah..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, setakat ini tidak ramai yang menjalankan aktiviti penukaran sampah kepada wang tunai dalam komuniti masing-masing meskipun kesedaran pengasingan sisa pepejal di punca itu diamalkan.

“Dahulu, kita hanya gunakan pendekatan ada sampah, kumpul dan buang tetapi hari ini sampah yang dikumpul boleh dijual, sekali gus dapat menjana pendapatan tambahan.

“Sebelum ini masyarakat hanya diajar untuk mengasingkan sisa tanpa memahami potensi nilai tambah yang boleh dijana daripadanya. Namun kali ini, pendekatan baharu diperkenalkan bagi membolehkan pengasingan sisa dijadikan aktiviti berimpak ekonomi.

“Meskipun kesedaran dalam kalangan masyarakat dilihat agak perlahan kita yakin dengan program berterusan ia dapat membentuk generasi seterusnya yang lebih baik dalam amalan pengurusan sisa,” katanya.

Img 20251012 wa0008
MINYAK masak terpakai menjadi antara sisa pepejal yang dijual penduduk pada program tersebut.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Kempen Berani Tegur: Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah dan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) diadakan di Taman Desa Duyong, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif,
 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia), Khalid Mohamed, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Menerusi program diadakan itu kira kira 350 penduduk memeriahkan sambutan berkenaan.

Pelbagai aktiviti interaktif turut dijalankan termasuk demonstrasi pengasingan bahan kitar semula, ceramah kesedaran alam sekitar serta pertandingan kreatif menggunakan bahan terpakai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

524
Kongsi :
Previous post EMPAT LOKASI ‘PICK UP & DROP OFF’ E- HAILING DI BANDA HILIR 
Next post WRUR: KARNIVAL KITA MADANI PERKUKUH DASAR KERAJAAN KEPADA RAKYAT