Sorting by

×

MELAKA PERKUKUH PERANAN WANITA DALAM SEKKTOR EKONOMI, SOSIAL

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Peranan wanita Melaka dalam sektor ekonomi dan sosial terus diperkukuh menerusi penganjuran pelbagai program berimpak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, antara program membawa makna cukup besar yang dianjurkan adalah Pemerkasaan Wanita Kota Melaka dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Melaka yang menghimpunkan 300 usahawan wanita dalam pelbagai sektor.

Jelas beliau, program seumpamanya membuktikan bahawa wanita bukan sekadar pelengkap tetapi peneraju perubahan dalam masyarakat.

“Wanita kini menjadi pemacu ekonomi, inovator sosial dan pembina komuniti.
“Saya percaya dengan kemahiran digital dan daya saing tinggi, mereka mampu menguasai dunia keusahawanan moden,” katanya ketika berucap pada program berkenaan yang diadakan di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, di sini, semalam.

Majlis perasmian penutup program itu telah disempurnakan Pengerusi MARA Datuk Wira Dr. Asyraf Dusuki.

Dalam pada itu, Kalsom turut merakamkan penghargaan kepada MARA di atas usaha membantu memperkukuh ekosistem keusahawanan wanita melalui latihan kemahiran, pembiayaan mesra wanita serta platform jaringan perniagaan yang luas.

“Program ini menjadi simbol kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Melaka dan MARA dalam memperkasa wanita Bumiputera agar terus maju, berdaya saing dan berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi Melaka Berwibawa, Malaysia MADANI,” tambahnya.

/END

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1145
Kongsi :
Previous post MARA SALUR HAMPIR RM25 JUTA PERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA MELAKA
Next post WRUR: BUKA MATA BELIA MENGENAI KELEBIHAN DITAWARKAN TVET