
WRUR: TINDAKAN SEGERA, RAKYAT LEBIH FAHAM DASAR KERAJAAN
KLEBANG 14 Oktober – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti berfungsi sebagai platform berkesan dalam memberikan pencerahan berhubung dasar Kerajaan Negeri yang memberikan manfaat kepada rayat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, pendekatan WRUR yang menyeluruh juga memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan terlibat secara langsung dalam arus pembangunan semasa.
“Rakyat ingin tahu apa bentuk pembangunan bakal dilaksanakan dan manfaat untuk mereka, jadi WRUR adalah medium terbaik bagi kerajaan memberikan pencerahan.
“Menerusi WRUR kita juga boleh salurkan maklumat secara lebih berkesan kepada petani, nelayan, usahawan perusahaan kecil dan sederhana, komuniti taman perumahan serta pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui selepas Program Perkampungan Ilmu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Kolej Komuniti Tangga Batu, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Tangga Batu, Azharudin Ahmad, wakil Perbadanan Melaka (MCORP) dan Majlis TVET Negara.
Ban Hong berkata, WRUR juga mewujudkan komunikasi dua hala, rakyat atau komuniti boleh terus menyuarakan masalah kepada wakil agensi atau jabatan, sekali gus membolehkan tindakan susulan diambil segera.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.