Sorting by

×

MBMB KOMITED SEDIAKAN PERSEKITARAN SELAMAT, SELESA

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 27 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik (JIKL) sentiasa berusaha memastikan penduduk dalam kawasan pentadbirannya menjalani kehidupan harian dalam persekitaran selesa serta selamat.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, setakat ini bagi 2025 sebanyak RM4.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek kecil seperti naik taraf dan membaiki kemudahan melibatkan gerai serta papan tanda demi keselesaan orang ramai.

“JIKL melaksanakan peranan penting bagi menterjemahkan hasrat MBMB iaitu memastikan aspek penyediaan dan penyelenggaraan infrastruktur kemudahan awam dilaksanakan dari semasa ke semasa.

“Hasilnya warga bandaraya Melaka menikmati kualiti hidup lebih selesa, mampan dalam suasana persekitaran
selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB BIL11/2025 yang turut dihadiri Setiausaha MBMB, Muhammad Firdaus Shariff, di Dewan Taming Sari MBMB, pada Selasa.

Menurut Shadan, penganjuran perhimpunan bulanan secara berkala dimanfaatkan untuk menyalurkan maklumat terkini, memperkukuhkan semangat kekitaan dan kerjasama dalam kalangan anggota MBMB.

“Selepas ini MBMB bakal terlibat sama dalam beberapa acara besar seperti Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Pelancaran Tahun Melawat Melaka 2.0.

“Sehubungan itu saya amat berharap agar semua anggota MBMB dapat bersama-sama memberikan sokongan dan komitmen supaya segala yang disusun berjalan lancar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

874
Kongsi :
Previous post VIDEO JETSKI TULAR HANYA PENGGAMBARAN FILEM – PPSPM
Next post SEMUA TABIKA PERPADUAN MELAKA DILENGKAPI CCTV