Sorting by

×

SEMUA TABIKA PERPADUAN MELAKA DILENGKAPI CCTV

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 27 November – Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Perpaduan di Melaka kini dilengkapi sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV)sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak ketika sesi pembelajaran.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka, Intan Suhana Yusuff berkata, pemasangan CCTV itu telah diwajibkan sejak tahun lalu dan dilaksanakan secara menyeluruh di semua Tabika Perpaduan.

“Pemasangan CCTV adalah inisiatif daripada pihak pengurusan dan ia merupakan langkah utama bagi memastikan kanak-kanak sentiasa dipantau.

“Manakala Tabika dan Taska Perpaduan yang beroperasi di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pula, pemantauan dilakukan oleh ahli-ahli KRT termasuk Skim Rondaan Sukarela (SRS).

“Komuniti KRT, termasuk yang sudah bersara membantu memerhati dan memastikan keadaan sekeliling selamat Tabika atau Taska ini selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua operasi Tabika Perpaduan juga tertakluk kepada garis panduan keselamatan ketat, termasuk penilaian tahunan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita tidak dibenarkan memasak menggunakan api di Tabika Perpaduan, sebab itu kita menggunakan ‘induction cooker’ untuk mengurangkan risiko kebakaran.

“Premis kita (Tabika Perpaduan) sama ada sewaan atau milik sendiri sentiasa diperiksa bomba setiap tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

898
Kongsi :
Previous post MBMB KOMITED SEDIAKAN PERSEKITARAN SELAMAT, SELESA
Next post JAKIM GALAK JAIN LAKSANA IKP SUSULAN KEJAYAAN DI MELAKA