
KOMITMEN MBMB SEDIA INFRASTRUKTUR PERNIAGAAN BERKUALITI
KOTA LAKSAMANA 20 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menzahirkan komitmen tinggi terhadap peningkatan kualiti infrastruktur perniagaan dengan menaik taraf Pasar Wilayah Kota Laksamana.
Jurucakap MBMB memaklumkan, pasar berkenaan mula dinaik taraf pada Mei lalu dan kerja itu siap sepenuhnya pada bulan ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan baharu yang mesra peniaga dan orang ramai.
Jelas MBMB, projek naik taraf pasar berkenaan menelan kos kira-kira RM420,000 menerusi peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Antara skop naik taraf yang dilakukan membabitkan naik taraf pagar keliling, bina baharu tandas, baik pulih kaunter dan pemasangan longkang gentian, selain turut membina baharu rumah sampah di pasar tersebut,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
MBMB memaklumkan, di bawah kawasan pentadbirannya, terdapat tujuh buah pasar termasuk dua pasar wilayah dan masing-masing satu pasar basah serta pasar besar.
“Di pihak MBMB, kami sentiasa cakna serta komited memastikan setiap pasar di kawasan Bandaraya Melaka berada dalam keadaan yang baik dan mesra pengguna.
“Diharap menerusi kerja naik taraf yang dilakukan di Pasar Wilayah Kota Laksamana ini, ia akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada peniaga malah pengunjung,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAJET 2026 MELAKA: BELIA MAHU KEMAHIRAN DIGITAL, KUALITI HIDUP DAN PEMILIKAN RUMAH DIBERI PERHATIAN
AYER KEROH 20 November - Kemahiran digital, kualiti hidup dan pemilikan rumah dalam kalangan belia antara perkara diharap diberikan perhatian...
‘CONTRACT FARMING’ BANTU JAGUNG MELAKA DIBELI PADA HARGA LEBIH TINGGI
JASIN 20 November - Koperasi Komong Jasin Berhad dan Golden Corn Marketing Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR JADI LADANG PERTANIAN
JASIN 20 November - Kerajaan Negeri mahu mengaktifkan semua tanah terbiar di negeri ini sebagai ladang pertanian sekali gus meningkatkan...
MELAKA ANJUR FESTIVAL CHENG HO 2026
KLEBANG 18 November - Kerajaan Negeri buat julung kalinya bakal menganjurkan Festival Cheng Ho 2026 sempena Tahun Melawat Melaka 2.0...
PASAR WILAYAH KOTA LAKSAMANA LEBIH SELESA, MODEN
KOTA LAKSAMANA 19 November - Pasar Wilayah Kota Laksamana kini bukan sahaja berwajah baharu, malah turut menampilkan persekitaran lebih moden...
MAIM BAIK PULIH DUA SURAU DI DUN KESIDANG
KESIDANG 19 November - Dua buah surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bakal dinaik taraf menerusi sumbangan daripada Majlis...
