KANAK-KANAK DIKHUATIRI LEMAS SELEPAS JATUH LONGKANG DI TAMAN BIDARA PERMAI
TANJUNG BIDARA 27 November – Kanak-kanak lelaki dianggar berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bidara Permai, di sini, petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Zaidi Kasiron berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.47 petang sebelum menggerakkan 13 anggota ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi 13 minit kemudian, orang awam memaklumkan kanak-kanak berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam longkang yang menghala ke kawasan tadahan akibat arus deras berikutan hujan lebat.
“Kerja-kerja pencarian mangsa kini sedang dijalankan,” katanya.
-BERITA LANJUT MENYUSUL-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
