
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH POKOK TUMBANG DI SELANDAR
JASIN 28 November – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar pokok tumbang di Jalan Bukit Sedanan, Selandar pagi tadi.
Dalam kejadian pda jam 7.10 pagi itu, Tai Chong Fee, 49 tahun, bekerja sebagai pemandu jengkaut meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Machap menghala ke Nyala.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas lalu merempuh pokok tumbang di jalan terbabit. Mangsa kemudian tercampak ke dalam longkang di bahagian kiri jalan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
NENEK BERTONGKAT, ATUK BERKERUSI RODA GAGAH RAI MERDEKA
KLEBANG 31 Ogos - Langkah mungkin perlahan, namun semangat merdeka pasangan warga emas dari Bukit Katil ini tetap membara apabila...
