Sorting by

×

BAJET 2026 MELAKA: ACARA BERSKALA BESAR BANTU RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN, PERHOTELAN

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 20 November – Penganjuran lebih banyak acara berskala besar setiap bulan mampu merancakkan sektor perhotelan dan pelancongan negeri, kata Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri.

Itu antara harapan beliau menerusi Belanjawan 2026 Melaka yang akan dibentangkan pada Disember depan khususnya dalam menentukan hala tuju industri pelancongan.

Beliau berkata menerusi penganjuran acara mega ia berpotensi menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa secara konsisten ke negeri ini.

“Seperti Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) programnya sangat baik, tahun ini pula ada pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

“Jadi tahun hadapan kita perlu fikir acara besar yang seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) dan sudah tentu manfaatnya turut diterima sektor perhotelan di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, acara besar seperti festival makanan, konsert dan program yang menampilkan artis terkenal telah menarik ramai pelancong luar untuk menginap di hotel sekitar Ayer Keroh.

“Baru-baru ini festival makanan juga memberi impak besar kerana pelancong datang semata-mata untuk sertai acara.

“Jadi kalau ada acara bulanan yang besar, ia sangat membantu pihak hotel dan industri pelancongan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post BATIK MELAKA KE PERSADA ANTARABANGSA
Next post PENDUDUK ASAHAN NIKMATI BEKALAN AIR LEBIH STABIL TAHUN DEPAN