Sorting by

×

JPS DIMINTA SEGERA LAKSANA PELAN KONTINGENSI KURANGKAN RISIKO BANJIR

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 26 November – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri diminta untuk melaksanakan pelan kontingensi mengurangkan risiko banjir dalam kadar segera.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tindakan segera itu penting dalam memastikan keselamatan rakyat terus yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri terus terjamin.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pengarah JPS negeri, sebuah pam mudah alih telah digerakkan ke Hilir Sungai Durian Daun bagi mempercepatkan aliran air dari Sungai Durian Daun ke Sungai Baru.

“Selain itu saya turut meminta JPS negeri mengaktifkan pengoperasian penuh rumah-rumah pam seluruh Melaka serta membuka pintu air bagi mempercepatkan pelepasan aliran air ke laut,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Menurut Ketua Menteri, Kerajaan Negeri juga akan terus memantau keadaan dan perkembangan banjir dari semasa ke semasa selain bersedia mengambil tindakan tambahan sekiranya perlu.

“Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri malah segala usaha mitigasi akan terus ditambah baik mengikut situasi cuaca semasa.

“Selain itu, saya turut menasihatkan rakyat khususnya yang terjejas dengan banjir untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Malah rakyat juga boleh mendapatkan maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post TABIKA, TASKA PERPADUAN, PUSAT RUKUN TETANGGA DI MELAKA DIBAIK PULIH