Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: SEKTOR PELANCONGAN DIHARAP JADI TUMPUAN

Masa Membaca:48 Saat

BANDA HILIR 22 November – Bajet Negeri Melaka 2026 diyakini akan memberi perhatian secara menyeluruh terhadap usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan sebagai pemangkin ekonomi utama negeri.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan, yakin Kerajaan Negeri sedang menyusun strategi menggerakkan ekonomi melalui penganjuran acara berstatus mega sebagai salah satu mekanisme menggamit lebih ramai pelawat serta pelancong ke Melaka.

“Sejak dahulu lagi pendapatan utama Negeri Melaka bergantung kepada sektor pelancongan.

“Jadi saya percaya perkara ini pasti diberikan perhatian oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 pada Disember depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Zaidi pendekatan itu penting bagi memastikan peningkatan pendapatan negeri, jumlah kedatangan pelancong serta pembangunan produk pelancongan baharu.

“Sebagai contoh antara tarikan baharu yang berpotensi dibangunkan ialah penemuan arkeologi struktur kapal purba yang disifatkan sebagai penemuan terbaik setakat ini dan mampu menjadi daya tarikan baharu negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: PETANI MAHU SOKONGAN MEKANISASI, DANA DAN TAPAK BAHARU