Sorting by

×

HARGA RENDAH, MELAKA PILIHAN PEMBELI RUMAH KEDUA DAN KETIGA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 22 November – Pasaran perumahan Melaka terus menjadi pilihan pembeli rumah kedua dan ketiga, susulan harga kediaman masih berada pada paras rendah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, perkembangan semasa itu menjadikan pasaran perumahan Melaka kekal stabil dan semakin menarik minat pembeli dari luar.

Katanya, faktor lokasi yang strategik antara yang menjadi tarikan utama pembeli luar memilih Melaka sebagai rumah kedua atau ketiga.

“Memang ada trend pembelian rumah kedua dan ketiga di Melaka oleh pembeli luar untuk menjadikannya sebagai sumber ekonomi.

“Namun rumah yang dibeli bukan jenis Rumah Mampu Milik (RMM), tetapi kediaman yang siap dan tidak terjual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo RMM 2025 di sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Zulkiflee memaklumkan Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) akan membantu menjual rumah yang siap dibina tapi tidak terjual secara berperingkat.

“Terdapat 1,621 unit rumah siap dibina tetapi belum terjual di negeri ini. Sebenarnya tidak menjadi isu kerana harga rumah yang rendah di Melaka ini saya percaya kesemua unit itu dapat dijual secara berperingkat.

“Kesemua unit tidak terjual merupakan rumah biasa dan bukanlah RMM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

309
Kongsi :
Previous post JABATAN PERTANIAN SALUR RM200,000 KEPADA DUA SEKOLAH ANGKAT MADANI