Sorting by

×

STESEN MINYAK PERTAMA ASAHAN JADI PEMANGKIN EKONOMI TEMPATAN

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

ASAHAN 23 November – Pembinaan stesen minyak pertama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, di sini, dijangka akan membantu merancakkan lagi pembangunan di DUN itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pembinaan stesen minyak itu antara permintaan utama yang disuarakan warga DUN berkenaan.

“Stesen minyak paling hampir terletak kira-kira 14 kilometer (km), jika semuanya berjalan lancar kemudahan ini dijadualkan siap dalam tempoh sembilan bulan sekitar September atau Oktober 2026.

“Apabila siap kelak stesen minyak dibina di tapak dianggarkan 0.4 hektar ini akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu, selain mengisi petrol kemudahan ini juga menyediakan perkhidmatan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan premis menjual makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Stesen Minyak FIVE, di Jalan Tangkak-Nyalas, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif FIVE Petroleum Malaysia, Datuk Seri Dr. King Lim Chin Fui dan Pengarah Impressive Fuel Enterprise, Farosham Naizamohideen.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, fokus juga akan diberikan kepada usaha untuk merancakkan ekonomi sekitar apabila tanah milik Kerajaan Negeri dicadangkan akan dibangunkan dengan projek perumahan mampu milik.

“Berhadapan stesen minyak ini adalah tanah seluas kira-kira 4.8 hektar dan kita bercadang untuk membina rumah mampu milik merangkumi lebih 100 unit kediaman, selain itu berhampiran Kampung Jus juga akan dibina rumah mampu milik.

“Perkara-perkara inilah antara yang merealisasikan manifesto saya ketika berkempen dahulu iaitu membina stesen minyak dan membina rumah mampu milik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

222
Kongsi :
Previous post MELAKA ZAHIR SOKONGAN TERHADAP MANIFESTO BN SABAH