Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: BANTU PENIAGA KECIL BERKEMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

KLEBANG 23 November – Menjelang pembentangan Belanjawan Melaka 2026, golongan peniaga di Zon Bebas Kenderaan Santai@Klebang menyuarakan harapan untuk didengari.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati kebanyakan peniaga berharap Kerajaan Negeri memberi perhatian agar lebih banyak inisiatif khusus disalurkan bagi memperkukuh perniagaan dan merancakkan ekonomi setempat.

Menurut peniaga makanan, Azilah Ibrahim, 30, usahawan kecil sepertinya masih memerlukan akses kepada modal pusingan mikro yang lebih cepat dan mudah.

“Ramai peniaga kecil macam kami bergantung pada modal harian. Kalau ada skim pembiayaan mikro yang tak membebankan, ia sangat membantu. Proses cepat, syarat pula jangan terlalu ketat.

“Saya juga harap Kerajaan Negeri ada memperkenalkan kursus pemasaran digital secara percuma atau bayaran yang rendah bagi membantu peniaga mengembangkan jualan,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Pantai Klebang.

Whatsapp image 2025 11 16 at 18.28.28
AZILAH

Nada sama disuarakan peniaga kopi, Noramiza Zakaria, 35, yang berharap tumpuan Kerajaan Negeri pada Belajawan 2026 memberi tumpuan terhadap cara mempromosi produk tempatan yang membuka ruang baharu kepada usahawan.

“Kami harap ada lebih banyak festival, karnival atau kempen ‘Beli Produk Melaka’.

“Klebang ini lokasi strategik bersebelahan dengan pantai, kalau Kerajaan Negeri bantu buat promosi bulanan, memang beri impak pada jualan.

“Selain itu, saya menyarankan Kerajaan Negeri dapat menyediakan platform e-dagang khusus peniaga Melaka bagi memperluas pasaran tanpa bergantung sepenuhnya kepada pelanggan fizikal,” katanya.

Whatsapp image 2025 11 16 at 18.29.00
NORAMIZA

Dalam pada itu, menurut seorang peniaga air balang dan hanya mahu dikenali sebagai Abu berharap, Kerajaan Negeri dapat menyediakan program insurans perlindungan asas untuk peniaga kecil di seluruh Negeri Melaka.

“Perkara ini antara yang pernah disuarakan namun sepi, ini kerana kami terdedah kepada risiko ribut atau kemalangan,” jelasnya.

Rata-rata peniaga kecil di sepanjang Zon Bebas Kenderaan Santai@ Klebang sepakat bahawa sokongan bersasar melalui Bajet 2026 Negeri Melaka mampu meningkatkan daya saing penjaja kecil serta mengukuhkan ekosistem perniagaan di kawasan pelancongan popular itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

234
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: RAPATKAN JURANG DIGITAL BANDAR, LUAR BANDAR