Sorting by

×

PEK MAKANAN PERCUMA SAMBUT ‘GENG RXZ’ DI PINTU GERBANG AYER KEROH

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 23 November – Sebanyak 1,000 pek makanan akan diagihkan kepada peserta RXZ Members Ride Edition 2025: Melaka Attack yang singgah di Medan Selera Pintu Gerbang Ayer Keroh pada 13 Disember depan.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) serta komuniti Yamaha RXZ Melaka.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil berkata, agihan itu merupakan kesinambungan inisiatif yang diadakan pada tahun lalu dalam usaha meraikan kehadiran komuniti RXZ dari seluruh negara.

“Program ‘welcoming’ ini kita buat setiap tahun, tahun 2024 kita sediakan lebih kurang 1,000 pek makanan dan tahun ini pun jumlahnya sama termasuk minuman.

“Mereka (rider) yang datang dari utara, selatan dan seluruh Malaysia boleh singgah di Medan Selera Pintu Gerbang Ayer Keroh, jaraknya hanya 500 ke 600 meter dari Plaza Tol Ayer Keroh bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan lawatan tapak bersama MPHTJ dan komuniti RXZ Melaka bagi persiapan program berkenaan di Pintu Gerbang Ayer Keroh, di, sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Media MPHTJ Shahrulnaim Ibrahim.

Lawatan tapak itu turut disertai kira-kira 90 ahli motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negeri ini sebagai tanda sokongan.

Mengulas lanjut, Zahari memaklumkan, bagi edisi tahun ini, sebanyak dua acara besar akan diadakan pada 12 dan 13 Disember.

“Pada 12 Disember akan diadakan program bersama anak-anak Melaka, manakala 13 Disember pula bersama ‘rider’ seluruh Malaysia, jadi dua acara besar dijangka berlangsung sempena RXZ Members Ride Edition 2025: Melaka Attack tahun ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal berkata, dianggarkan sebanyak 100 motosikal RXZ dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan memeriahkan edisi tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026: TINGKAT KEMUDAHAN AWAM, SOKONGAN MENTAL JADI ‘WISHLIST’ RAKYAT
Next post BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERTIMBANG INSENTIF KHAS UNTUK PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN