Sorting by

×

BAJET NEGERI MELAKA 2026: ANJUR LEBIH BANYAK ACARA SUKAN PERMOTORAN

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 24 November – Penggemar sukan permotoran di negeri ini berharap Bajet Negeri Melaka 2026 menyediakan peruntukan untuk menyokong acara permotoran sekali gus mengembangkan lagi sub sektor pelancongan sukan.

Mohd Ibrahim Abu Hasan, 48, dari Paya Rumput berkata, dia sudah 28 tahun terlibat dalam sukan permotoran dan setiap kali ada acara, pasti akan menyertainya.

“Jika Kerajaan Negeri memberi sedikit peruntukan, acara sukan bermotor yang lebih besar boleh dianjurkan sekali gus menarik lebih ramai orang ke Melaka dan memberi peluang kepada belia untuk terlibat.

“Berikan ruang untuk sukan permotoran ini terus berkembang selari dengan usaha membina generasi belia yang aktif dan berdaya saing,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Turut senada, Mohamad Arif Mohamad, 41, dari Bertam Ulu, menyifatkan sokongan jangka panjang daripada Kerajaan Negeri amat penting terhadap penggemar permotoran tempatan di negeri ini.

“Sukan ini bukan sahaja hobi, tetapi platform bagi belia untuk belajar disiplin, semangat berpasukan dan menimba pengalaman.

“Kami harap setiap acara di Melaka mendapat perhatian Kerajaan Negeri,” katanya yang sudah aktif sejak 1990-an dalam sukan permotoran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

479
Kongsi :
Previous post ANGGOTA POLIS PARAH DILIBAS PARANG, TIGA PENJENAYAH GENG DT TUMPAS DITEMBAK
Next post PESARA ‘TURUN ILMU’ KEPADA GENERASI BAHARU JAPEN