
EMPAT SEKOLAH DI DURIAN TUNGGAL AKAN DITAMBAH BILIK DARJAH
AYER KEROH 25 November – Empat sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal akan menerima penambahan bilik darjah bagi menampung peningkatan jumlah murid di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas menerima aduan mengenai isu kekurangan bilik darjah menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal baru-baru ini.
“Sekolah kebangsaan di Belimbing Dalam sudah menerima peruntukan bagi penambahan bilik darjah tahun hadapan.
“Kita jangkakan empat lagi sekolah akan menyusul bagi pembinaan bilik darjah baharu antaranya di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Melana, SK Durian Tunggal dan SK Gangsa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Zahari, selain sekolah rendah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal juga telah menerima surat kelulusan bagi penambahan bilik darjah namun proses lantikan kontraktor masih belum dibuat.
“Sekolah menengah juga kita sedang usahakan, surat kelulusan sudah ada cuma kita tunggu lantikan kontraktor sahaja.
“Kita mahu semua sekolah di DUN Durian Tunggal lebih selesa dan mampu menampung jumlah murid yang semakin meningkat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MTL: APM MELAKA SEDIA AKTIFKAN 382 PPS
AYER KEROH 25 November - Sebanyak 382 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diwartakan dan siap sedia diaktifkan pada bila-bila masa...
13,874 WARGA PENDIDIK PEMACU KEJAYAAN PENDIDIKAN MELAKA
AYER KEROH 25 November - Seramai 13,874 warga pendidik di Melaka diiktiraf sebagai tulang belakang kejayaan sistem pendidikan negeri yang...
13,358 CALON DUDUKI SPM DI MELAKA
AYER MOLEK 25 November - Seramai 13,358 orang calon berdaftar bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Melaka mula menduduki peperiksaan bertulis...
BANJIR: MELAKA SIAP SIAGA, PASTIKAN PEPERIKSAAN SPM BERJALAN LANCAR
AYER KEROH 25 November - Melaka berada dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang berpotensi menjejaskan perjalanan peperiksaan...
PENUNTUT UNIKL DITEMUKAN LEMAS DI KAWASAN REKREASI DI KULIM
ALOR SETAR 24 November - Seorang penuntut lelaki Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Kulim ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai...
PADAH LARIKAN BARANG KEMAS RM2,000, BURUH DICEKUP DI HOTEL BAJET
PAYA RUMPUT 24 November - Tidak sampai 48 jam melarikan cincin dan loket emas bernilai hampir RM2,000 di sebuah kedai...
