
PEMANDU ALAMI SAWAN PUNCA KEMALANGAN DI MELAKA
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kejadian pada 1.50 tengah hari berlaku apabila Honda Civic dipandu jurujual berusia 26 tahun dari arah Jonker Walk menuju Jalan Tun Ali dilanggar dari belakang.
“Pemandu itu membelok masuk ke simpang kanan sebelum keretanya dilanggar dari belakang oleh sebuah Honda Jazz dipandu lelaki 24 tahun yang datang dari arah Jalan Munshi Abdullah menuju Jalan Panglima Awang.
“Siasatan awal mendapati pemandu Honda Jazz mengalami sawan dan telah dibawa ke Hospital Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua pemandu itu tidak mengalami kecederaan serius dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Rule 10 LN 166/59. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS NAFI BERLAKU KES CULIK KANAK-KANAK PEREMPUAN DI AJIL
KUALA BERANG 24 November - Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang murid perempuan di sebuah sekolah rendah di sekitar...
PESARA ‘TURUN ILMU’ KEPADA GENERASI BAHARU JAPEN
BUKIT KATIL 24 November - Pengalaman luas para pesara Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) menjadi suntikan semangat kepada warga baharu JAPEN...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: ANJUR LEBIH BANYAK ACARA SUKAN PERMOTORAN
AYER KEROH 24 November - Penggemar sukan permotoran di negeri ini berharap Bajet Negeri Melaka 2026 menyediakan peruntukan untuk menyokong...
ANGGOTA POLIS PARAH DILIBAS PARANG, TIGA PENJENAYAH GENG DT TUMPAS DITEMBAK
AYER KEROH 24 November - Seorang anggota polis parah akibat diserang kumpulan penjenayah dikenali Geng DT bersenjatakan parang sebelum ketiga-tiga...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: FOKUS PEMERKASAAN USAHAWAN BELIA, KOPERASI
AYER KEROH 24 November - Bajet Melaka 2026 diharap memberi fokus kepada pemerkasaan usahawan, penjaja dan koperasi bagi menghadapi cabaran...
MPHTJ SELESAI LEBIH 2,500 ADUAN DALAM TEMPOH 15 HARI
AYER KEROH 24 November - Sebanyak 3,148 aduan diterima Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sejak Januari hingga 12 November...
