Sorting by

×

MTL: APM MELAKA SEDIA AKTIFKAN 382 PPS

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 25 November – Sebanyak 382 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diwartakan dan siap sedia diaktifkan pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) di Negeri Melaka.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, daripada jumlah itu 165 PPS berada dalam daerah Melaka Tengah; Alor Gajah (125 PPS) dan Jasin (9).

Katanya, langkah itu bagi memastikan penempatan terancang sekiranya berlaku pemindahan mangsa dalam skala besar.

“APM Melaka turut memperkukuh persediaan dengan pelbagai aset operasi termasuk 34 bot; 32 enjin bot; 31 treler bot; 13 ambulans; 13 kenderaan pacuan empat roda; lima lori penyelamat.

“272 jaket keselamatan; 1,096 khemah ‘C-Tent’; motosikal, penjana kuasa dan kenderaan sokongan lain,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Kamarulsyah memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti 106 kawasan berisiko banjir di seluruh negeri merangkumi 53 lokasi di Melaka Tengah, 27 di Alor Gajah dan 26 di Jasin.

Tambahnya, persediaan turut melibatkan kekuatan anggota, aset dan latihan teknikal di semua peringkat bagi memastikan operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lancar.

“Seramai 312 anggota termasuk 25 pegawai dan 287 anggota sukarelawan bersedia diatur gerakkan sekiranya berlaku banjir atau insiden berkaitan bencana.

“APM negeri dalam keadaan bersiap siaga dariada segi kekuatan anggota yang boleh diatur gerakkan serta aset sekiranya berlaku sebarang bencana sepanjang MTL.

“Pelbagai latihan persediaan turut dilaksanakan termasuk latihan pengendalian bot bagi memastikan kemahiran anggota sentiasa dipertingkatkan,” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post 13,874 WARGA PENDIDIK PEMACU KEJAYAAN PENDIDIKAN MELAKA
Next post MELAKA WONDERLAND TAWAR HARGA PROMOSI SEMPENA CUTI SEKOLAH