Sorting by

×

LEBIH 200 ‘BIKERS’ MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-11 MALACCA LADY BIKERZ

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 25 November – Sambutan ulang tahun ke-11 Malacca Lady Bikerz (MLB) diraikan dalam suasana meriah dengan menyaksikan ianya dihadiri lebih 200 ‘bikers’ tempatan dan Singapura.

Sambutan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil.

Presiden Malacca Lady Bikerz (MLB), Datin Maszila Mohd menyifatkan sambutan diadakan adalah detik bersejarah buat MLB kerana berjaya mengharungi pelbagai dugaan sepanjang sedekad ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli MLB serta rakan-rakan bikers yang lain termasuk dari Singapura kerana tidak putus bersama-sama dengan kami.

“Penganjuran kali ini merupakan detik yang bersejarah buat MLB kerana menyambut ulang tahunnya yang ke-11, pelbagai cabaran telah kami tempuh dan alhamdulillah MLB terus cekal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-11 MLB yang diadakan di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.

Bertemakan ‘Ghost Rider & Ghost’, majlis tersebut turut disajikan dengan acara cabutan bertuah serta penyerahan anugerah penghargaan kepada bikers dan ‘marshall’.

Ditubuhkan pada tahun 2014, kelab tersebut disertai oleh ahli wanita dari Melaka serta seluruh Malaysia dan Singapura yang turut menjadi ahli MLB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

446
Kongsi :
Previous post SENDIRIAN DIDIK 20 ANAK ORANG ASLI, IBRAHIM DIANGKAT TOKOH GURU MELAKA 2025
Next post PTPTN MELAKA SALUR ZAKAT BANTU PELAJAR ASNAF