Sorting by

×

PEMENANG UTAMA ‘CRUISE MADANI’ DIUMUM MALAM INI

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

DUYONG 31 Disember – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan mengumumkan tiga pemenang hadiah cabutan bertuah utama Peraduan Cruise Madani, malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, tiga hadiah utama itu adalah sebuah kereta Proton Saga, sebuah motosikal elektrik dan pakej percutian ke Vietnam.

Jelas beliau, pemenang hadiah itu akan diumum secara dalam talian melalui laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka River Cruise.

Katanya, bagi cabutan hadiah sampingan lain akan dibuat secara langsung menerusi laman Facebook Melaka River Cruise pada 2 Januari 2026 (Jumaat).

“Penyampaian hadiah utama itu nanti akan diserahkan pada Program Melaka Bila Larut Malam yang akan diadakan pada 3 Januari 2026 di Dataran Pengkalan Rama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata, peraduan itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Melaka River Cruise tahun ini.

Ujar beliau, PPSPM menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 bagi pengunjung bertuah yang menikmati tiga produk PPSPM iaitu Melaka River Cruise, Eco-Cruise Sungai Linggi dan Eco-Cruise Tasik Chinchin dengan pembelian tiket berharga RM50 dan ke atas dalam satu resit.

“Alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan dan sejak ia dibuka pada 5 Julai hingga 29 Disember ini, PPSPM menerima sebanyak 899 penyertaan menerusi Peraduan Cruise Madani ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

488
Kongsi :
Previous post PERZIM DEKATKAN GENERASI MUDA DENGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Next post USAHA TANGANI BANJIR DI BEMBAN TUNJUK HASIL POSITIF