
INFRASTRUKTUR SOKONGAN BAKAL TINGKAT HASIL PADI DI KLEBANG
KLEBANG 7 Januari – Infrastruktur Sokongan Pengairan dan Saliran yang bakal dibina di Kampung Pinang di sini bakal menjadi usaha penting dalam meningkatkan hasil tanaman padi di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, projek tersebut akan di laksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka dengan peruntukan berjumlah RM2.37 juta.
“Projek ini dijangka dapat mengatasi krisis kekurangan sumber air yang kian meruncing di kawasan pertanian Kampung Pinang.
“Dengan adanya projek ini, ia bakal meningkatkan penghasilan padi dalam kawasan sawah padi seluas 200 ekar (80 hektar),” katanya selepas membuat lawatan bersama wakil JPS dan kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pinang, baru-baru ini.
Menurut Ban Hong, projek tersebut dijangka siap sebelum Jun tahun ini dan selepas itu ia boleh dimanfaatkan pesawah di kampung tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
