Sorting by

×

200 ANAK-ANAK MACHAP JAYA DAPAT MANFAAT GUNTING RAMBUT PERCUMA

Masa Membaca:59 Saat

MACHAP JAYA 9 Januari – Inisiatif gunting rambut percuma menerusi program Back to School yang dilaksanakan bukan sahaja sebagai persiapan untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu, malah dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, program tahunan itu diadakan setiap kali sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu.

Beliau berkata, di DUN Machap Jaya penganjuran Back To School diadakan mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi memastikan penglibatan menyeluruh daripada anak-anak yang bersekolah.

“Di DUN Machap Jaya penganjuran program Back To School ini diadakan di lapan lokasi mengikut PDM dan dijangka akan selesai pada Ahad ini.

“Menerusi program gunting rambut percuma ini kita jangka akan memberi manfaat kepada 200 anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan 2026 pada Isnin ini,” katanya.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, usaha dilakukan itu antaranya sebagai sokongan selain membantu mengurangkan beban ibu bapa terlibat.

“Kita faham banyak perbelanjaan perlu diuruskan ibu bapa menjelang sesi persekolahan dan ini antara inisiatif bantuan yang diberikan.

“Malah ia juga dapat memastikan anak-anak kembali ke sekolah dalam keadaan yang kemas dan rapi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

571
Kongsi :
Previous post DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI PULAU SEBANG, LELAKI MAUT
Next post PENUTUPAN SEMENTARA ‘FAST LANE’ LEBUH AYER KEROH HINGGA 19 FEBRUARI