Sorting by

×

DUA MOTOSIKAL BERTEMBUNG DI PULAU SEBANG, LELAKI MAUT

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

ALOR GAJAH 9 Januari – Pemandu lori maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Pulau Sebang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 45 tahun yang menunggang Honda C100 disahkan maut dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, kemalangan itu membabitkan dua buah motosikal termasuk Honda Vario yang ditunggang lelaki berusia 31 tahun.

“Sebelum kemalangan, mangsa yang maut dipercayai dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke arah A Famosa Resort manakala sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang maut didakwa gagal mengawal motosikalnya sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Susulan itu motosikalnya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Honda Vario yang ditunggang pekerja kilang,” katanya.

Menurutnya, akibat pertembungan itu pemandu lori terbabit disahkan meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang cedera.

“Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Orang ramai atau saksi yang ada melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

560
Kongsi :
Previous post ‘CHANNEL KAK SOM UNTUK SEMUA’ PLATFORM DEKAT DENGAN RAKYAT
Next post 200 ANAK-ANAK MACHAP JAYA DAPAT MANFAAT GUNTING RAMBUT PERCUMA