Sorting by

×

‘ACIK ZUL’ BELANJA 100 ANAK-ANAK TABOH NANING GUNTING RAMBUT PERCUMA

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING 10 Januari – Hampir 100 anak-anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning menerima manfaat daripada Program Gunting Rambut Percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, program yang diadakan di Japerun Taboh Naning diadakan bertujuan meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi persekolahan 2026.

“Rata-rata peserta adalah dalam lingkungan bawah 15 tahun dan mereka ini adalah golongan B40 yang mana kita di DUN Taboh Naning laksanakan program ini juga bagi menyantuni masyarakat sekitar DUN yang kurang berkemampuan.

“Tujuan kita memang untuk membantu keluarga pelajar atau murid yang bakal memulakan sesi persekolahan 2026 dengan penuh semangat dan keyakinan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri memaklumkan pihaknya sentiasa cakna akan kebajikan golongan kurang berkemampuan dalam DUN Taboh Naning.

“Program Jom Gunting Rambut Percuma ini antara salah satu inisiatif, dan akan datang menjelang bulan Ramadan, musim perayaan serta pelbagai lagi akan datang, DUN Taboh Naning akan memastikan semua golongan yang layak ini menerima bantuan sewajarnya,” katanya yang mesra disapa ‘Acik Zul’ di DUN berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

835
Kongsi :
Previous post 400 KAMPUNG DIPILIH KAMPUNG ANGKAT MADANI TAHUN INI
Next post 20 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH MERATA-RATA DI MELAKA