Sorting by

×

CUTI KHAS AWAL RAMADAN: PENJAWAT AWAM MELAKA TERHARU, HARGAI KEPRIHATINAN KETUA MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Pengumuman cuti khas sempena awal Ramadan pada 19 Februari depan nyata menggembirakan penjawat awam di Melaka apabila rata-rata meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap aspek kebajikan mereka.

Berita gembira yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu disifatkan sebagai hadiah bermakna buat penjawat awam khususnya umat Islam yang mahu menyambut hari pertama Ramadan bersama keluarga.

6300902553394285985
FAIZAH.

Faizah Nor Sidek, 45, berkata pengumuman itu amat bermakna kerana Ramadan adalah antara bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam.

“Memang rasa bersyukur sangat. Semua orang tahu kita menunggu kedatangan bulan mulia ini.

“Bila dapat cuti pada hari pertama Ramadan, kami boleh buat persiapan berbuka dan sahur bersama-sama. Terima kasih kepada Ketua Menteri atas keprihatinan beliau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6300902553394285983
NORHAYATI.

Sementara itu Norhayati Nasir, 47, berkata cuti khas itu dianggap sebagai satu penghargaan besar kepada penjawat awam yang bertungkus-lumus berkhidmat sepanjang tahun.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur, sebelum ini Melaka tidak ambil cuti pada 1 Ramadan, jadi bila diumumkan kali ini memang rasa dihargai. Tambahan pula dengan cuti Tahun Baharu Cina, kami dapat luangkan masa lebih lama bersama keluarga,” katanya.

6300902553394285986
MUHAMMAD Nazreen.

Manakala Muhammad Nazreen Shamsul Bohari, 33, menyifatkan cuti khas itu sebagai satu inisiatif yang sangat bermakna buat rakyat Melaka.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi cuti khas pada satu Ramadan. Ini peluang untuk kami menyambut Ramadan dengan tenang bersama keluarga. Ia jelas menunjukkan Ketua Menteri pemimpin yang prihatin dan berjiwa rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

290
Kongsi :
Previous post MPAG PBT CEMERLANG KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN KPKT 2025
Next post SARA DAN BUDI 95: PERMOHONAN TUKAR MYKAD DI MELAKA NAIK 140 PERATUS